Kerjaya Fad Anuar

Mewarisi bidang lakonan daripada bapa saudaranya, Eman Manan, Fad Anuar memulakan kerjaya lakonan selepas menamatkan kerjayanya di Pelabuhan Kuantan. Fad juga mendalami ilmu persilatan dan pernah menjadi jurulatih silat untuk filem Balun arahan Bob Singah.[3][4] Fad ditawarkan membintangi filem pertamanya, Dollah Superstar arahan Kabir Bhatia dengan memegang watak sebagai Kuncu Ayahanda. Beliau juga muncul sebagai pelakon undangan drama Gerak Khas sebanyak 3 episod. Pada tahun 2017, Fad membuat penampilan khas dalam filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2 yang dibintangi oleh Zizan Razak. Beliau kemudian muncul pula dalam filem Geran yang mengetengahkan tema ilmu persilatan. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Mat Arip. Selain filem, Fad juga telah membintangi beberapa drama TV termasuk Hati Yang Tersakiti dan Sang Pewaris.